Rasanya lama betul dah aku tak update apa-apa resepi dekat blog yang ini. Berhabuk dah ke cik belog kusayang? Sorry yer, sebab dok sibuk usahakan blog yang satu lagi uh, blog ni terabai sikit. Lagipun macam dah lama tak try resepi masakan yang baru, sebab tuh tak dapat nak kongsikan dekat sini.
Ehhmm, arini aku nak berkongsi satu resepi, masakan ni biasanya aku buat bila malasssssss sangat nak masak. Sebab masakan ni, jenis campak-campak jer, kukus, siap. Haa terus boleh makan. Tak payah jaga sepanjang masak pun ok! Ini resepi yang Cik Juwaily cipta secara tak sengaja, pastu saje-saje je gedik namakan dia Laila Isabella. Resepi ni, memang takde kena mengena dengan cerita movie Laila Isabella yang Rosyam Nor berlakon dengan Nasha Aziz tuh tau.
![]() |
Ayam Masak Laila Isabella |
Bahan-bahan diperlukan:
Ayam (potong ikut suka)
Sos tiram
Kicap
Serai
Bawang putih
Serbuk bawang putih
White pepper & garam
Daun limau purut
Bawang putih potong cincang-cincang. Serai pulak potong serong. Masukkan ayam dalam satu loyang yang tahan panas. Pastu bubuh sos tiram dengan kicap. Nisbah 1:3. Kalau 3 sudu sos tiram, gunalah 1 sudu kicap manis. Taburkan serai, bawang putih, dengan daun limau purut di atas ayam tadi. Seasonkan guna pepper, garam, dan serbuk bawang putih secukup rasa. Letak loyang dekat dalam periuk kukus.
![]() |
Ayam Masak Laila Isabella : Sebelum Kukus |
![]() |
Ayam Masak Laila Isabella : Selepas Kukus |
Pastu kukus lebih kurang 20 minit. Pastuh terbalik kan ayam. Kukus lagi 20 minit. Pastu kalau check-check, ayam takde darah dah, maknanya, siap! Dann makan! Teehee :D
Siap! Hidangkan dengan nasi panas, atau makan begituh sahaja! :D
Senangkan?
Selamat mencuba korang!
Muah :D
Thanx for reading this :D
Ayam kukus ni jarang ada.. sedap dan sihat ni :D
ReplyDelete