Assalamualaikum dan hye!
Aku kan sebenarnya hairan dengan Cik Juwaily. Kalau pergi Netto ke Rewe ke, aku nak beli benda merepek-repek sikit, mesti dia larang. Aku memang kontra habes dengan Cik Juwaily. Dia kalau pergi supermarket, dia betul-betul beli benda yang perlu sahaja. Aku pulak, kalau boleh semua benda dalam supermarket tuh aku nak beli, bawak balik rumah. Hahahha. Segala jenis jajan, semua aku nak try. Aku bukan apa, aku ikut pepatah arwah abah aku dulu-dulu, "Kalau nak makan, makanlah selagi sehat. Besok dah sakit, banyak benda tak boleh makan". Itu pasal aku suka beli makanan macam-macam jenis. Kadang-kadang aku makan sikit jer, pastu taknak dah. Just nak lepaskan rasa 'teringin' tuh jer pon. Tapi kalaulah perangai aku ni, Cik Juwaily tak kawal, tegur, lentur kan, mesti habes terbang duit aku beli benda merepek. Haa kan. Tengkiu jugaklah dekat Cik Juwaily kan :D Sebabkan abanglah, kita dapat jimat sikit kan :D Muah ciked!
Tapi aku pelik dengan Cik Juwaily. Punyalah dia suka larang aku itu hini kan, tapi satu benda dia memang tak larang. Kalau aku kata, nak beli bahan-bahan untuk buat homemade nugget, dia mesti support. Tak pernah dia larang. Pelik giler, dia selalunya memang kuat melarang. Hahahhahha :D Jadi disebabkan suami tak larang, maka terhasillah nugget-nugget hasil kepalan tangan kak Aicha sendiri. Air tangan guwe ni, haruslah digemari para suami! Para?! Huh?! Hahhahahaha
|
Krabby patty dan nugget :D
100% Homemade |
Tak pasti kenapa, semenjak duduk Doshland (read: Germany), aku lagi suka buat nugget sendiri, berbanding beli. Kalaulah beli nugget dari kedai Turki kan, ya Ampunnnn, masin bebenor nugget dia. Sekilo hagaknya garam dia tuang dalam adunan nugget tuh. Serius tak kena dengan tekak aku. Jadi kalau ada kerajinan lebih sikit, aku memang try cari masa untuk buat nugget homemade sendiri. I suka, Cik Juwaily pun suka! Yeay! Suka sama suka gtuh! Bergabung meletop! Hehehehe. Apalah aku merepek ni kan :D Hihihi.
Bahan-bahan utk buat nugget homemade:
§ 2 dada ayam (cincang ataupun potong dadu)
§ 4 keping roti potong (buang bahagian warna coklat, pastu potong dadu)
§ 1 sb tepung jagung
§ 1 sb serbuk stok ayam
§ 1 st baking powder
§ White pepper secukup rasa
Bahan untuk kulit luar:
§ 5 biji telur ayam (pukul/kocok)
§ Breadcrumb secukupnya (kalau ada yang warna oren, lagi bagus :D)
|
Bahan-bahan untuk buat nugget :D |
Cara-cara nak buat dia?! Senang ajer!
1. Semua bahan di campur, pastu gaulkan.
2. Gaul-gaul sampai serata semua bahan tuh.
3. Pastuh kepal-kepal.
4. Celup dalam telur pukul.
5. Kemudian, angkat dengan garfu, masukkan ke dalam breadcrumb.
6. Pastu repeat step 4 dan 5.
7. Siap untuk digoreng!
|
Dadukan dada ayam, dan roti :D |
|
Campurkan kesemua bahan. Gaul sampai sebati :D |
|
Amek dengan sudu, dan kemudian kepal-kepal kan sesuka hati :D
Aip! Tangan sape tuh?! Hehehe. Kenalkan ni tangan kakak senior
duduk serumah, namanya kak Atie kusayang! Ciki ciki bam bam :D |
|
Lastly, sadurkan dengan breadcrumb :D |
Kalau suka, boleh simpan dalam peti ais, frozenkan. Besok-besok bila nak, baru goreng :D
Aku penat mengepal 2 jam tadi, last-last yang hujung-hujung, buat jadi krabby patty jelah. Besok boleh goreng, makan macam konon-konon burger gtuh. Hehehehe :D
Selamat mencuba korang! Muah! :D
Entri ni maybe last entri sebelum raya,
so, selamat hari raya semua!
Maaf zahir dan batin yer :D
Hati-hati di jalan raya :D