• Home
  • About
  • Recipe
    • Western
    • Kuih-Muih
    • Fast Food
    • Daging
    • Ayam
    • Cookies
    • Ikan
  • Gallery
    • Gallery single
  • Contact

Anyone can cook!

Bahan2:

  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • belacan*
  • bawang besar (1 ketul)*
  • bawang puteh (3 ketul)*
  • serai (2 tangkai) - diketuk
  • cili boh (3 sudu besar)
  • jintan manis (1 sudu kecik)*
  • jintan puteh (1 sudu kecik)*
  • halia (1 inci)*
  • serbuk kunyit (0.5 sudu kecik)*
  • halba (0.5 sudu kecik)
  • serbuk lada hitam (0.5 sudu kecik)*
  • ketumbar **
  • Daun limau purut **
  • bendi
  • Air asam jawa
  • Ayam (500g)
  • Minyak menumis
*blend
** ada orang letak, kitorang xletak. Tapi boleh nak cuba :D

Cara2:
1. Blend semua bahan bertanda *.
2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis sekejab halba.
3. Masukkan baran blend, bersama cili boh dengan serai.
4. Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air asam jawa & ayam.
5. Masak sekejab. Masukkan daun kesum + bunga kantan. Biar sekejab. Masukkan bendi.
6. Adjust rasa garam, pedas, asam semua. Siap!


(gambar xde lagi, arituh sedap makan, tak ingat nak snap gambor, hahahahaha)


Assalamualaikum dan hye!


Aku kan sebenarnya hairan dengan Cik Juwaily. Kalau pergi Netto ke Rewe ke, aku nak beli benda merepek-repek sikit, mesti dia larang. Aku memang kontra habes dengan Cik Juwaily. Dia kalau pergi supermarket, dia betul-betul beli benda yang perlu sahaja. Aku pulak, kalau boleh semua benda dalam supermarket tuh aku nak beli, bawak balik rumah. Hahahha. Segala jenis jajan, semua aku nak try. Aku bukan apa, aku ikut pepatah arwah abah aku dulu-dulu, "Kalau nak makan, makanlah selagi sehat. Besok dah sakit, banyak benda tak boleh makan". Itu pasal aku suka beli makanan macam-macam jenis. Kadang-kadang aku makan sikit jer, pastu taknak dah. Just nak lepaskan rasa 'teringin' tuh jer pon. Tapi kalaulah perangai aku ni, Cik Juwaily tak kawal, tegur, lentur kan, mesti habes terbang duit aku beli benda merepek. Haa kan. Tengkiu jugaklah dekat Cik Juwaily kan :D Sebabkan abanglah, kita dapat jimat sikit kan :D Muah ciked!


Tapi aku pelik dengan Cik Juwaily. Punyalah dia suka larang aku itu hini kan, tapi satu benda dia memang tak larang. Kalau aku kata, nak beli bahan-bahan untuk buat homemade nugget, dia mesti support. Tak pernah dia larang. Pelik giler, dia selalunya memang kuat melarang. Hahahhahha :D Jadi disebabkan suami tak larang, maka terhasillah nugget-nugget hasil kepalan tangan kak Aicha sendiri. Air tangan guwe ni, haruslah digemari para suami! Para?! Huh?! Hahhahahaha


Krabby patty dan nugget :D
100% Homemade

Tak pasti kenapa, semenjak duduk Doshland (read: Germany), aku lagi suka buat nugget sendiri, berbanding beli. Kalaulah beli nugget dari kedai Turki kan, ya Ampunnnn, masin bebenor nugget dia. Sekilo hagaknya garam dia tuang dalam adunan nugget tuh. Serius tak kena dengan tekak aku. Jadi kalau ada kerajinan lebih sikit, aku memang try cari masa untuk buat nugget homemade sendiri. I suka, Cik Juwaily pun suka! Yeay! Suka sama suka gtuh! Bergabung meletop! Hehehehe. Apalah aku merepek ni kan :D Hihihi.


Bahan-bahan utk buat nugget homemade:
§ 2 dada ayam (cincang ataupun potong dadu)
§ 4 keping roti potong (buang bahagian warna coklat, pastu potong dadu)
§ 1 sb tepung jagung
§ 1 sb serbuk stok ayam
§ 1 st baking powder
§ White pepper secukup rasa


Bahan untuk kulit luar:
§ 5 biji telur ayam (pukul/kocok)
§ Breadcrumb secukupnya (kalau ada yang warna oren, lagi bagus :D)


Bahan-bahan untuk buat nugget :D
Cara-cara nak buat dia?! Senang ajer!
1. Semua bahan di campur, pastu gaulkan. 
2. Gaul-gaul sampai serata semua bahan tuh. 
3. Pastuh kepal-kepal. 
4. Celup dalam telur pukul.
5. Kemudian, angkat dengan garfu, masukkan ke dalam breadcrumb.
6. Pastu repeat step 4 dan 5.
7. Siap untuk digoreng! 

Dadukan dada ayam, dan roti :D

Campurkan kesemua bahan. Gaul sampai sebati :D

Amek dengan sudu, dan kemudian kepal-kepal kan sesuka hati :D
Aip! Tangan sape tuh?! Hehehe. Kenalkan ni tangan kakak senior
duduk serumah, namanya kak Atie kusayang! Ciki ciki bam bam :D

Lastly, sadurkan dengan breadcrumb :D


Kalau suka, boleh simpan dalam peti ais, frozenkan. Besok-besok bila nak, baru goreng :D


Aku penat mengepal 2 jam tadi, last-last yang hujung-hujung, buat jadi krabby patty jelah. Besok boleh goreng, makan macam konon-konon burger gtuh. Hehehehe :D



Selamat mencuba korang! Muah! :D
Entri ni maybe last entri sebelum raya, 
so, selamat hari raya semua!
Maaf zahir dan batin yer :D
Hati-hati di jalan raya :D
Rasanya lama betul dah aku tak update apa-apa resepi dekat blog yang ini. Berhabuk dah ke cik belog kusayang? Sorry yer, sebab dok sibuk usahakan blog yang satu lagi uh, blog ni terabai sikit. Lagipun macam dah lama tak try resepi masakan yang baru, sebab tuh tak dapat nak kongsikan dekat sini.


Ehhmm, arini aku nak berkongsi satu resepi, masakan ni biasanya aku buat bila malasssssss sangat nak masak. Sebab masakan ni, jenis campak-campak jer, kukus, siap. Haa terus boleh makan. Tak payah jaga sepanjang masak pun ok! Ini resepi yang Cik Juwaily cipta secara tak sengaja, pastu saje-saje je gedik namakan dia Laila Isabella. Resepi ni, memang takde kena mengena dengan cerita movie Laila Isabella yang Rosyam Nor berlakon dengan Nasha Aziz tuh tau.


Ayam Laila Isabella
Ayam Masak Laila Isabella


Bahan-bahan diperlukan:

Ayam (potong ikut suka)
Sos tiram
Kicap
Serai
Bawang putih
Serbuk bawang putih
White pepper & garam
Daun limau purut


Cara nak masak:

Cara potong bawang putih & serai nya :D


Bawang putih potong cincang-cincang. Serai pulak potong serong. Masukkan ayam dalam satu loyang yang tahan panas. Pastu bubuh sos tiram dengan kicap. Nisbah 1:3. Kalau 3 sudu sos tiram, gunalah 1 sudu kicap manis. Taburkan serai, bawang putih, dengan daun limau purut di atas ayam tadi. Seasonkan guna pepper, garam, dan serbuk bawang putih secukup rasa. Letak loyang dekat dalam periuk kukus.

Ayam Masak Laila Isabella : Sebelum Kukus

Ayam Masak Laila Isabella : Selepas Kukus


Pastu kukus lebih kurang 20 minit. Pastuh terbalik kan ayam. Kukus lagi 20 minit. Pastu kalau check-check, ayam takde darah dah, maknanya, siap! Dann makan! Teehee :D


Siap! Hidangkan dengan nasi panas, atau makan begituh sahaja! :D



Senangkan?
Selamat mencuba korang!
Muah :D
Thanx for reading this :D
Aku rasakan, semenjak tangan suami aku ni melecurkan, aku dah semakin improve cooking skill aku. Hahahhah. Yelah, sekarang tiap-tiap hari akulah yang kena masak, practice makes perfect katanya! Hehehe


Dulu-dulu dia yang rajin, aku just tolong-tolong potong bawang gtuh jer. Selalunya dulu masa tangan dia belum sakit, kalau dia tengah masak, aku pulak basuh-basuh pinggan, kemas-kemas dapur. Tapi semenjak tangan dia melecur, memang ahkak Aisya take over semua kerja-kerja tau! Hahhaa, terasa super mama sekejab. Kehkehkeh.




Tapi dalam sakit-sakit tangan dia, aku halang dia masak pun, lepas jugak hari dia sorang-sorang dekat rumah, dimasaknya mee goreng. Ada hari lain, dia jugak yang masak plak asam pedas. 2 hari lepas tangan melecur tuh, dia jugak yang masakkan mee bandung. Aku ni bersyukur sangat-sangat dapat suami rajin camnie. Dalam dunia ni, susah nak jumpa laki camnie ni. Cewah! Aku yakin, dia takkan baca detail-detail benda aku tulis, so bolehlah puji sikit. I love u, abang! Kehkehkehkeh @_@



Haa sebenar-benarnya ahkak Aisya hari ni nak kongsi resepi dengan engkorang, resepi Mee Bandung Muar air tangan laki den! Ramai orang kata, mee bandung suami aku ni best, jadinya eloklah ilmu masak-memasak tuh di'tumpah'kan sedikit ke blog ni haa, besok-besok orang lain pun boleh try. Aterr semoga korang terhibur men-try resepi ni yer :D Goodluck!


Bahan-bahan(untuk 7 orang makan):
  • 100 gram udang kering (lebih kurang secawan)*
  • 300 gram daging*
  • 1 biji bawang besar**
  • 4 ulas bawang putih**
  • 2 sudu besar cili blend**
  • 15 ekor udang segar
  • sayur sawi
  • fishcake, fishball (optional)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • gula melaka, garam (secukup rasa)
  • minyak menumis
  • telur




Cara-cara memasak:
  • Rebus bahan bertanda *. Simpan air rebusan tuh.
  • Udang kering yang dah direbus, tumbuk halus.
  • Bahan-bahan yang bertanda ** diblend semua sekali.
  • Dalam periuk, tumis bahan-bahan yang diblend tadi tu dengan udang kering tumbuk.
  • Kemudian masukkan sos tiram.
  • Masukkan daging yang dah rebus tadi dengan fishcake dan fishball, kalau ada. 
  • Air rebusan tadi, masukkan sikit-sikit. Masukkan jugak garam dan gula melaka. 
  • Adjust-adjust rasa. Kalau pedas, boleh tambah lagi gula melaka.
  • Masukkan sayur sawi, dan udang segar, biar sekejab. Tutup api.


Masa nak makan, panaskan sikit kuah tu, kemudian masukkan telur sebiji, biarkan separuh masak. 
Baru angkat telurnya. Dalam mangkuk, masukkan mee dengan kuah tadi. Letak telur dekat atas sekali. Taburkan bawang goreng kalau suka. Makan!





Tipps:
Kalau nak pekatkan kuah, boleh guna tepung jagung bercampur air, ataupun guna kacang tanah tumbuk. Tapi aku rasa, kalau guna kacang tanah tumbuk, lagi sedap, rasa lagi lemak-lemak gtuh. Heheheh :D



Selamat mencuba!
Cau cin cau!
Muah!


Anneyoung! :D
Hahahhaha. Haa kenapa akak Aisya gelak start2 ni? Aku terdengar dialog Bell dekat Maharaja Lawak Mega, yang dia buat2 macam commentator football tuh. Ada satu part tuh kelakor. Hahhahah. Korang pergilah tengok, klakor beb! I like it! :D Hahhahaha


Arini aku happy, happy and happy sebab dah dapat call femli aku di Malaysia, and dah dapat settlekan hal2 pasal giveaway Paris arituh. Ya Allah susah giler nak cari post yang paling berpatutan dengan student cam aku ni. Fuhh bila dah setel, lega you!


And bersesuaian dengan ke-happy-yan arini, aku nak share satu resepi, makanan yang buat aku happy selalu, sebab dia sangat sehat and good for stomach too. Iaitu, Overnight Oatmeal! Ya Allah best giler, aku fall in love you. Hahhaha. 


Pardon my awkward sentences, because I dah lama tak tulis post disini kan, rasa awkward bila nak tulis. Teehee. And i really miss everyone of you, sebab tuh aku tulis panjang2 ni. Sila bersabar yer! :D


So, untuk buat Overnight Oatmeal ni, korang perlukan:

Oat, Susu Segar, Yogurt, Madu Honey, Epal, 2 cups yang ad penutup

Ok lets get started! Benda ni senang giler2 nak buat, and disebabkan dia ni overnight oatmeal, you got to do it the night before you go to sleep, and esoknya baru boleh makan! Jangan risau, nak buat dia senang sangat, tak sampai 5 min pon. Cara2 nya:


First, isi dalam cawan, seberapa banyak oat yang korang suka. Aku guna cup yang ada senggat2 ukur berapa2 volume (ini sebenarnya shake aurawhite, bebeh! i like aurawhite, bebeh! :D). Sebab ni je bekas aku yang ada penutup, kena tutup bebeh, sebelum letak dalam peti ais. 


And then, masukkan susu sampai semua oat tenggelam. Kalau suka banyak, bubuhlah banyak2, ok je. And after that, masukkan yogurt yang korang suka, seberapa banyak, ikut suka hati koranglah. Senang kan? Next!

Masukkan sesudu madu plak! Jangan banyak2, diabetes karang! Hehehhe

Next, masukkan epal korang plak! Kalau korang macam aku, aku tak suka epal, aku tak letak pon epal. Heheheh. Ini gambar gedik2 je. Esoknya aku buang epal ni. I'm not in love with mr Epal! Sorry bebeh! Hehehhehe :D. 

Ohh, lepas masukkan epal, tutup, and simpan dalam peti ais. Esok pagi bolehlah makan sebelum pergi sekolah! Yeay! 

Sebelum makan, kacau dulu, bagi semuanya sebati! Ready to be ngap-ngap! :D Teehee
Siap! Senangkan? Senang giler! Kalau korang malas macam aku, memang elok buat bendalah ni, esoknya takyahlah bangun pagi2 untuk buat sarapan. Bangun pagi, masa siap2 nak pergi sekolah, just grab je shake cup ni, and you're good to go! Simple and easy! 

I hope you guys enjoy this ! 
Love cha !
Thanx for reading !

  • Older posts →

About Me

Welcome to lipanska! We're Aisya Ibrahim and Zuhaili Rahman. We're husband and wife and we love cooking. We would love to share anything related to cooking here in ths blog. Feel free to leave us a comment!
Labels
  • ayam (11)
  • cookies (1)
  • daging (4)
  • fast & easy (1)
  • fastfood (1)
  • homemade (1)
  • ikan (1)
  • karbohidrat (1)
  • korean (1)
  • kuih-muih (4)
  • lauk (4)
  • mee (2)
  • nasi (1)
  • raya (3)
  • sambal (1)
  • western (3)

Instagram

Sedekahlah Sikit!

Popular Posts

  • Lemang tanpa buluh
    Bahan2: 4 cawan beras pulut(rendam 4-5 jam) 6 cawan santan Daun pisang Botol plastik (berlubang atas dan bawah) Cara2: (Sila ru...
  • Ayam Masak Merah/ Sambal Berserai
    Bahan2: 1 labu bawang besar**(kalau nak sambal dia byk, dan kurang pedas, tambah lagi bawang ni) 3 ulas bawang puteh** Cili boh(ikutlah,...
  • Puding Roti Karamel Kukus Kurang Kalori
    Bahan2: 3 sudu makan gula (untuk lapisan karamel) 4 biji telur Esen vanilla 1 cawan air suam + 1 cawan susu sejat* 1/2 cawan su...
  • Donut Bakar
    Bahan2: 350g tepung gandum 30g gula 50g butter/margerine 7g dry active yeast/mauripan Secubit garam 65ml susu cair 65ml air 1 t...
  • Nasi Ayam
    Untuk rebus ayam: 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya  2 ulas bawang putih  2 cm halia Untuk marinate ayam: 1 sudu besar kicap pek...

Anyone can cook!

Created by ThemeXpose. All Rights Reserved.